Dalam era globalisasi, guru perlu bersikap kreatif dan inovatif dalam memperkasakan profesion perguruan agar golongan pendidik sentiasa dapat bersaing dengan teknologi maklumat terkini. Salah satu inovasi yang perlu diberi perhatian ialah kepelbagaian dalam kaedah penyampaian maklumat kepada pelajar. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran matapelajaran ICT, dua pendekatan yang dilaksanakan iaitu "belajar tentang ICT" dan "belajar dengan ICT" memerlukan guru yang mahir dalam pedagogi yang melibatkan penggunaan ICT.